KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz dipilih mengisi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

BAM dalam ciapan di laman sosial X memaklumkan perkara ini bahawa Tengku Zafrul akan menggantikan jawatan Presiden yang disandang Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini.

Tambah kenyataan, maklumat terperinci akan dibincangkan dan dimaklumkan selepas mesyuarat majlis pada Disember nanti.

"Pihak BAM juga sebulat suara bersetuju untuk memilih YB Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Presiden BAM yang baharu, menggantikan Tan Sri Mohamad Norza.

"Maklumat terperinci akan dibincangkan dan diumumkan pada mesyuarat majlis pada Disember 2023," kata kenyataan. 


Tengku Zafrul sebelum ini pernah memegang portfolio sebagai bekas Menteri Kewangan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan selain aktif dalam sukan.