awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2023
15:47 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Disember 2023.
1. Lelaki maut digilis tren LRT selepas terjatuh ke atas landasan
Seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato' Keramat, di sini, malam tadi.
2. Anggota polis antara 4 dituduh culik wartawan Bangladesh Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 Nov lepas. 3. Tahap kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 apabila prestasi Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) mencatatkan 121.2 mata berbanding 118.3 mata pada 2021, yang disumbangkan oleh pertumbuhan positif dalam kesejahteraan ekonomi dan sosial, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 4. PRK Kemaman: Isu 3R, polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, baru-baru ini. 5. Malaysia dipilih semula ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa Malaysia dipilih semula sebagai ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C untuk penggal 2024-2025, sekali gus menjadi kemenangan Malaysia buat penggal ke-10 berturut-turut. 6. KPKT beri tempoh dua tahun kepada pengusaha perkhemahan patuhi GPP Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kepada pengusaha tapak perkhemahan dalam negara supaya mematuhi Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang dikeluarkan, bermula hari ini. 7. Ketua Pejuanita Muda letak jawatan Pemimpin sayap Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu. 8. PRK Kemaman: Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi Calon Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman selepas memperoleh 64,998 undi, iaitu dengan majoriti 37,220 undi pada Sabtu. 9. YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im Kerajaan menerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan. 10. Rombak Kabinet: Itu prerogatif Perdana Menteri - Fadillah Keputusan untuk membuat sebarang rombakan dalam Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepenuhnya, yang pasti akan menitikberatkan kemampuan seseorang itu untuk menerajui kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan