ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Disember 2023.


1. Rasuah: Individu berpangkat 'Tun' juga perlu disiasat, ditahan reman - Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga menegaskan, jika gagal membuat penerangan, aset individu itu juga perlu disita.



2. Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri

Pengerusi sebuah NGO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf, Oktober lalu.


3. Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'

Lebih 500 syarikat kini berada di dalam 'radar' Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.


4. Thailand sedia kerjasama dengan Malaysia, promosi Langkawi, Phuket - PM Anwar

Thailand bersedia untuk mempromosikan secara bersama pelancongan di Phuket, serta Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Lebih 20 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan syarikat pengendali umrah

Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa.


6. Harga petrol, diesel kekal hingga 3 Jan

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 28 Dis hingga 3 Jan 2024.


7. Beli kenderaan rasmi MB, Exco Terengganu jimatkan kos penyelenggaraan

Pembelian kenderaan rasmi baharu yang ditularkan di media sosial didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco merupakan suatu keperluan bagi menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan rasmi kerajaan.


8. Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang Selasa.


9. Lebih 25,000 mangsa banjir di lima negeri setakat 8 malam - NADMA

Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan penurunan kepada 25,763 orang setakat 8 malam ini berbanding 28,310 orang pagi Rabu.


10. Bekalan diesel di semua stesen Petronas terjejas akan pulih dalam dua hari - PDG 

Petronas Dagangan Bhd mengumumkan bahawa bekalan diesel di stesen-stesen Petronas yang terjejas di seluruh negara akan pulih sepenuhnya.