awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2024
15:57 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Januari 2024.
1. Agong perkenan calon TYT Sarawak baharu, lantikan YDP Dewan Negara disegerakan - PM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memperkenan calon Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
2. Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Quantum Metal Sdn. Bhd dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.
3. Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi tempoh 24 jam kepada individu untuk menurunkan hantaran yang disunting mengenai penunggang p-hailing di media sosial selain membuat permohonan maaf.
4. Kes bunuh pemandu e-hailing: Ada kesan darah pada kereta Myvi - Polis
Mahkamah Tinggi Tawau diberitahu bahawa terdapat kesan darah di dalam dan di luar kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dijumpai di ladang kelapa sawit, tahun lepas.
5. Abdul Wahab saman Che'gubard, tuntut RM5 juta
Bekas Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kader Jilani menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che’gubard.
6. 'Lebih sukar siasat PM, TPM, KP SPRM berbanding individu bergelar Tun' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa siasatan berhubung rasuah dan salah guna terhadap tokoh yang bergelar Tun adalah sukar.
7. Isteri Daim akan didakwa esok
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa berkait Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
8. Anwar minta sokongan rakyat bantu bawa perubahan aspek tatakelola, cegah rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta sokongan rakyat untuk terus bersamanya dalam usaha kerajaan membawa perubahan bagi aspek tatakelola dan mencegah rasuah di negara ini.
9. Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Pakej khas telekomunikasi dengan diskaun istimewa bagi pekerja e-hailing dan p-hailing akan diumumkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
10. Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.

Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#kesan daraah
#permohonan maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan