MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/02/2024 | 15:48 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Februari 2024.


1. Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak

Turut mengiringi jenazah ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dan Datuk Hanifah Hajar Taib.



2. Isu 'Mawla Amin': Masyarakat diseru jangan taksub - Mohd Na'im

Orang ramai diingatkan supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub berikutan isu seorang lelaki mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.


3. 'Saya seorang teknokrat, bukan ahli politik' - Amir Hamzah

Tugas utama beliau lebih tertumpu kepada usaha membantu perdana menteri untuk meletakkan Malaysia di landasan tepat bagi mencapai kemajuan di masa depan.


4. Menantu Muhyiddin akan didakwa atas pertuduhan pecah amanah - SPRM

Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lepas perlu kembali ke negara ini untuk menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah oleh SPRM.


5. Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi

Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di sini pada 2.20 petang Khamis.


6. Doktor didakwa hasilkan pornografi, amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak

Tertuduh, Dr Anas Ramli, 32, memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.


7. Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas - Armizan

Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan sejak 1 Jan hingga 15 Feb lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.


8. Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN

Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) seiring dengan sasaran kedudukan ke-25 dunia menjelang 2033, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.


9. Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah memasuki lebih dua bulan selepas tragedi itu berlaku di Damansara Damai, Petaling Jaya.


10. Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM

Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan tertinggi dalam sejarah dengan RM329.5 bilion pada 2023.


#berita tempatan #berita pilihan #jumlah pelaburan #pecah amanah