ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Mac 2024.


1. Minggu pertama sekolah tanpa kelas akademik diteruskan

Tiada kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak.



2. Malaysia gesa masyarakat dunia hormat sesama kaum, agama

Malaysia menggesa masyarakat berbilang kaum dan agama agar sentiasa saling menghormati dan bertolak ansur sebagai sebuah komuniti.   


3. Tiga maut dilanggar komuter ketika ceroboh landasan KTMB

Tiga lelaki yang dipercayai menceroboh masuk ke kawasan landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dilanggar komuter dalam kejadian di Taman Puncak Utama, Jade Hills, Kajang, malam tadi.


4. Hannah Yeoh tegur pemakaian Joe Flizzow

Perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai perwatakan penyanyi rap terkenal yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow ketika zaman persekolahan tular di aplikasi TikTok.


5. Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar

Pihak pendakwaan bagi kes salah guna kedudukan berhubung Projek Jana Wibawa yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes itu sehingga rayuan difailkan bekas perdana menteri itu didengar di Mahkamah Persekutuan.


6. Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli

Kerajaan akan memastikan setiap penganjur sukan berisiko tinggi mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan.


7. ALM Malaysia-Australia: Tiga tonggak utama dicapai bagi perkukuh hubungan dua hala

Tiga tonggak utama itu adalah kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi serta pertahanan serantau.


8. Wan Saiful diberi tempoh sehingga Ahad ini - SPRM

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, sekiranya Ahli Parlimen tersebut tidak berbuat demikian, satu tindakan terhadapnya akan diambil.


9. Tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib - Saifuddin

Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


10. Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir

Keputusan kerajaan menyenaraikan 'bak kut teh' dalam senarai makanan warisan negara terus menjadi perdebatan dan turut menjadi antara topik hangat di Dewan Rakyat pada Isnin.