Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 6, 2024 15:53 MYT
Mac 6, 2024 15:53 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Mac 2024.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.
FELDA didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun 2022.
Perluasan dan penambahan kelas prasekolah di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) merupakan fokus kerajaan ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyuarakan kebimbangan berkenaan situasi yang berlaku di Gaza semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Malaysia memenangi kes tuntutan diskriminasi biofuel minyak sawit yang dikeluarkan di negara ini yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi Kesatuan Eropah (EU), kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
“Tiada bukti menunjukkan kod ‘salam’ antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,” kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 13 Mac ini.
Kegiatan akaun 'darkside' di media sosial mendedahkan barah sosial dalam kalangan masyarakat yang sewajarnya dibendung.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh menafikan dakwaan dirinya antara lima individu daripada Bersatu-Perikatan Nasional (PN) di Selangor yang mengisytiharkan beralih sokongan kepada kerajaan negeri.
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.