ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Mac 2024.


1. PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu kapten-kapten industri dan syarikat-syarikat pelaburan di Malaysia dalam tiga hari berasingan sepanjang lawatannya ke Jerman, dengan tumpuan kepada merealisasikan komitmen pelaburan yang sudah diumumkan. 



2. KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan Kementerian Pendidikan kekal mengiktiraf sekolah vernakular dalam kerangka pendidikan kebangsaan, sekali gus memperkasa Akta Pendidikan 1996.


3. Kanak-kanak terbiar: Saifuddin yakin cadangan pinda Perlembagaan babit warganegara dapat sokongan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yakin cadangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang warganegara akan mendapat sokongan Ahli Parlimen.


4. Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin

"Mana ada kartel, kalau kartel, (maksudnya) berkartel dengan dialah?" Demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari yang kononnya Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dikuasai 'kartel' sehingga beliau bertindak menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.


5. Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika El Nino bertambah buruk - Wong

Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menangguhkan sebarang aktiviti luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini bertambah buruk.


6. Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bagi menggantikan Victoria, Australia, yang menarik diri tahun lepas.


7. Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, pada Isnin.


8. Konflik AS-China: Malaysia negara pemenang pertembungan dua kuasa besar - FT

Siapa untung dalam pertembungan dua kuasa dunia, China dan Amerika Syarikat dalam industri cip global? Persoalan itu dikupas oleh Financial Times dan analisisnya ialah, Malaysia, disifatkan sebagai negara pemenang dalam pertembungan dua gergasi itu.


9. Hayati Ramadan dengan disiplin dan adab, tegas hindari kecurangan - PM Anwar

“Pendidikan tidak wajar mengesampingkan disiplin, akhlak dan adab. Pelajaran, waima pendidikan agama sekalipun, bukan sekadar menimba ilmu dan keratan ayat-ayat tanpa pencerahan, kesedaran dan amalan."


10. Kebakaran besar: Mydin anggar kerugian lebih RM50 juta

Mydin Mohamed Holdings Berhad menjangkakan kerugian akibat kebakaran di Pasar raya besar Mydin di Manjoi di sini, pada Ahad sekitar RM50 juta.