Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 19, 2024 15:49 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.
1. Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
2. Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Acuan pendidikan negara akan selalu beralih arah, jika hala tuju pendidikan diubah-ubah terutamanya ketika perubahan menteri dan kerajaan.
3. Video aneka juadah dikongsi pempengaruh tarik minat netizen memasak
Video-video masakan pempengaruh boleh menggalakkan kita memasak sendiri seterusnya membolehkan kita berjimat.
4. Tempoh 'bulan madu' hampir tamat, masa pemerintahan sebenar - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah bahawa tempoh 'bulan madu' tamat tidak lama lagi, dan baginda akan memulakan cara pemerintahan yang sebenar.
5. Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Princess of Wales, Kate Middleton, dilihat dalam sebuah video baharu bersama Putera William ketika pasangan itu membeli-belah di sebuah kedai di Windsor, hujung minggu lalu.
6. Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
7. RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
8. Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.
9. Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
10. Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini bersetuju agar Jabatan Perangkaan (DOSM) membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
#berita tempatan #berita pilihan #cuaca panas #bantu siasatan