PUTRAJAYA: Bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa bahawa mereka telah menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
Peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff menghujahkan demikian ketika prosiding rayuan 12 bekas penuntut UPNM untuk membatalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan berkenaan di hadapan tiga panel hakim diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Beliau yang mewakili perayu, Muhammad Adib Iman, Mohamad Syazwan dan Luqman Hakim berkata, sebahagian daripada 12 bekas penuntut ini telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata.
Menurutnya, ekoran kes ini, mereka yang kini berusia 28 tahun, tidak boleh melanjutkan pelajaran di UPNM seterusnya terpaksa mencari pekerjaan menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Jika hukuman penjara dikenakan, mereka akan dibuang kerja, seterusnya menyebabkan keretakan rumah tangga.
“Bukan itu sahaja, mereka berdepan saman oleh kerajaan sebanyak RM30,000 terhadap biasiswa yang diberikan kerana gagal menamatkan pengajian,” katanya.
Justeru itu, beliau memohon mahkamah membenarkan rayuan mereka dan menukarkannya kepada bon berkelakuan baik.
Beliau berkata, ini kerana semua perayu ini merupakan pesalah muda serta tidak pernah terlibat dalam jenayah.
Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhamad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar dan Muhamad Ashraf Abdullah berkata, kes ini juga menyebabkan kehidupan anak guamnya terumbang-ambing.
“Mereka merupakan pelajar pintar, namun kejadian ini menyebabkan sebahagiannya terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing, malah berkecimpung dalam bidang perladangan,” katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Hadhariah, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Sementara itu, Peguam AG Kalidas menghujahkan bahawa tiada bukti kukuh yang mengaitkan penglibatan 12 bekas UPNM ini mencederakan Zulfarhan.
Beliau berkata, sukar untuk membuktikan bahawa kesemua perayu ini mengambil bahagian memukul Zulfarhan kerana ketika kejadian terdapat hampir 50 penuntut mendiami asrama penginapan itu.
“Sukar untuk memastikan individu mana yang mengambil bahagian dan mana yang tidak terlibat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu ini.
Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.
“Tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada mangsa.
“Bagi kes pemerasan pula, mangsa dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya,” katanya.
Mahkamah sedang mendengar rayuan silang 12 bekas penuntut UPNM yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap mereka kerana mencederakan Zulfarhan.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail; Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain; Ahmad Shafwan Berdal; Muhammad Amirul Asraff Mala; Luqman Hakim Shamsuri Agus; Muhammad Sufi Mohd Mustapha; Noriznan Izzairi Noor Azhar; Muhamad Ashraf Abdullah; Muhammad Danial Firdaus Azmir; Muhammad Hasif Ismail; Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Seramai 12 bekas penuntut ini didakwa mencederakan Zulfarhan di sebuah bilik blok penginapan Asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017 lalu.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap mereka, dengan ikat jamin RM7,000, dikekalkan.
Pendengaran rayuan bersambung Rabu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 14 2024
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. - Gambar fail
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan mencadangkan supaya KPKT dan PBT negeri mewujudkan undang-undang khas bagi menyelesaikan masalah berkaitan penyewaan PPR.
Pemilik kedai emas kahwin wanita muda, beza umur 40 tahun
Sepasang pengantin baharu di Kuningan, Jawa Barat, Indonesia menarik perhatian netizen kerana mempunyai jarak usia 40 tahun.
Pelapor Khas PBB label sebagai negara rendah moral
Balakrishnan berkata, negara meraikan kejayaan menyelamatkan tawanan tetapi tidak mengulas tentang ratusan rakyat Palestin yang terbunuh.
AS sambung semula penghantaran bantuan ke Gaza dari jeti sementara
Sejumlah kira-kira 492 tan metrik bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan dihantar kepada penduduk Gaza.
Presiden Palestin minta UNSC adakan sidang tergempar
Setakat ini, serangan Israel ke atas kem Nuseirat, termasuk premis sekolah sudah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan ramai yang cedera.
Kasihnya ibu, Hasnatul Adilah sempat tanya keadaan anak sebelum terkorban nahas rombongan guru
Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
2 sahabat terkorban di gunung Alaska, pendaki negara dedah kisah yang berlaku
Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska di Amerika Syarikat baru-baru ini, Muhammad Illaham Ishak, mendedahkan kejadian mengorbankan dua rakan.
Jumlah sukarelawan di Tanah Suci dipertingkat
Pihak Berkuasa Am Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan hasrat meningkatkan secara program sukarelawan mereka. Ini melibatkan 130,000 jam sukarelawan sepanjang musim Haji ini, sekaligus mencerminkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa bagi jemaah dan mencipta pengalaman yang benar-benar berharga bagi semua.
TH komited tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej
Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan komitmen penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) untuk menangani isu jemaah haji terkandas dan membanteras penipuan pakej haji.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Kes kematian Zulfarhan: Jadikan sebagai pengajaran
Kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa berhubung insiden kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain diharap dapat memberi pengajaran.