ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Julai 2024.


1. Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat

Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini. 



2. Feri ikonik Pulau Pinang tengelam akibat tali pengikat putus

Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dilaporkan tenggelam awal pagi ini.


3. Paris 2024: Kecoh jurulatih China dedah kelemahan Lee Zii Jia

Jurulatih China, Sun Jun, mencetuskan polemik menjelang kempen Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan meremehkan keupayaan perseorangan negara, Lee Zii Jia.


4.  Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya menerima salinan notis rayuan itu semalam.


5. Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan

Keputusan diambil susulan peningkatan jenayah dalam talian melibatkan tiga ancaman utama – penipuan (scam), buli siber dan jenayah seksual.


6. Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman

Panel lima hakim membuat keputusan itu selepas berpendapat permohonan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari memenuhi syarat.


7. Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan

Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhi hukuman penjara berjumlah 21 tahun dua bulan dan 14 sebatan terhadap seorang buruh lelaki atas 13 pertuduhan melakukan penipuan berkaitan bantuan eKasih.


8. PM ajak rakyat Malaysia doakan kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara yang menggalas misi merealisasikan impian emas pertama di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, yang bermula esok.


9. JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam sektor awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.


10. Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco

Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.