ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Ogos 2024.


1. Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik terima habuan kereta mewah

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mendapat habuan pertama susulan meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton yang menyaksikan mereka bertiga bakal memenangi hadiah lumayan.



2. Meta mohon maaf turunkan hantaran PM Anwar berhubung Ismail Haniyeh

Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.


3. Usah galak pemilikan motosikal berkuasa tinggi, bebankan pengguna - Pakar

Cadangan program peralihan khas bagi pemegang lesen B1, B2 mendapatkan lesen B penuh, mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kelebihan.


4. Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain

Bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.


5. 14 pengikut Millah Abraham didakwa

Mereka berhadapan pertuduhan memiliki bahan penerbitan agama bertentang hukum syarak dan mengingkari pihak berkuasa agama.


6. Meta tidak bersedia jawab isu teknikal - Fahmi

Sebagai contoh, Meta tidak dapat memberikan jawapan berhubung siaran yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Mei lalu yang diturunkan.


7. KP Jabatan Laut diarah bercuti, kosongkan pejabat - Anthony Loke

Ketua Pengarah Laut Kapten Mohamad Halim Ahmed yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu menggunakan surat Kementerian Pengangkutan Malaysia, telah diarahkan untuk bercuti.


8. Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.


9. Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul

Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


10. PM terima permohonan maaf Meta - Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di akaun Facebook dan Instagram milik beliau.