ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Ogos 2024.


1. Kemuncak hujan meteor Perseids dijangka malam 12 Ogos

Di Malaysia, penampakan hujan meteor berkenaan adalah baik kerana bulan akan terbenam pada tengah malam ketika waktu kemuncak fenomena terbabit berlaku.



2. Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta

Hasil pemantauan dan analisis makmal, bacaan biotoksin menunjukkan penurunan di bawah 400 per bilion (ppb) bagi sampel ke-15.


3. Dua anggota polis disyaki peras peniaga burger ditahan

Anggota terbabit ditahan sehari selepas pengadu membuat laporan berhubung kejadian itu.


4. Tiga sekeluarga maut kebakaran di Pagoh berkemungkinan dibunuh - Polis

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ia selepas laporan bedah siasat terhadap ketiga-tiga mangsa mendapati terdapat unsur jenayah.


5. PRK Mahkota: “Belum ada perbincangan rasmi, jangan tuntut itu ini,” kata Zahid kepada Pemuda Amanah

Masih belum ada perbincangan di peringkat pimpinan utama parti-parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan berhubung calon yang akan ditampilkan pada PRK DUN Mahkota, Johor, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


6. Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis

Dia mengaku melakukan perbuatan itu sekadar suka-suka dan untuk mengetahui jika dia diberi perkhidmatan rawatan lebih cepat jika menyamar sebagai petugas hospital.


7. Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan

Kerinduan peminat bola sepak tanah air untuk melihat Faisal Halim beraksi terubat selepas pemain lincah Selangor FC itu membuat kemunculan dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC, hari ini.


8. Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul

Wakil daripada ibu pejabat Tesla di Amerika Syarikat akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada 22 Ogos ini untuk membincangkan rancangan selanjutnya berkaitan pelaburan syarikat itu di Malaysia.


9. Komen warganet beri kesan mental terhadap atlet dianggap buli siber - Fahmi

Komen yang dikeluarkan oleh warganet terhadap para atlet Sukan Olimpik Paris 2024 di media sosial boleh dianggap buli siber sekiranya memberi kesan ke atas mental mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


10. Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri

Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang akan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan psikiatri dalam masa terdekat.