awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2024
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 September 2024.
1. RM15 juta diperuntuk jadikan Harimau Malaya gergasi bola sepak Asia
Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya, sekali gus mengangkat pasukan itu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia.
2. Isyarat tsunami kepada FAM
Tindakan peminat yang dilihat memboikot aksi Pestabola Merdeka merupakan isyarat jelas kepada Persatuan Bolasepak Malaysia untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam badan induk bola sepak negara.
3. Pencemaran bau kimia dikesan di tiga lokasi di Johor Bahru
Pencemaran bau kimia dikesan di tiga kawasan dekat Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di sini pada awal pagi tadi.
4. Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, saksi itu telah dikesan dan dirakam percakapan pada Isnin.
5. "Kasihan Dr Mahathir" – Fahmi jawab dakwaan negara dijajah kerajaan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai kebebasan penuh untuk menyuarakan pendapat dan bergerak.
6. Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion pada enam bulan pertama 2024 - PM Anwar
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, mewakili peningkatan 18 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.
7. Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
8. Pocket Rocketman pertimbang sertai program RTG sebagai mentor
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang mempertimbangkan untuk menyertai program Road To Gold (RTG) sebagai mentor dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, namun bukan dalam masa terdekat.
9. Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke
Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.
10. Syarikat swasta digesa contohi Khazanah, tetapkan gaji minimum RM3,000 - PM Anwar
Syarikat-syarikat swasta digesa untuk mencontohi langkah Khazanah Nasional Bhd menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk pekerjanya.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#gagi minimum
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan