NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Oktober 2024.
Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu sebelum ditemui selamat namun mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat penderaan.
Tiga ahli yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services And Business Holdings dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan eksploitasi manusia dan amang seksual fizikal.
Tempoh reman terhadap pemandu wanita yang dipercayai merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun dilanjutkan dua hari lagi.
Beliau percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai sedemikian.
5. GISB: PDRM siasat dakwaan unsur jihad militan diterap pada kanak-kanak diselamatkan - KPN
5. GISB: PDRM siasat dakwaan unsur jihad militan diterap pada kanak-kanak diselamatkan - KPN
PDRM kini sedang menyiasat dakwaan bahawa kanak-kanak berkenaan ditayangkan video berunsur militan ketika mereka berada di rumah amal berkenaan.
6. Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
Penemuan wang tersebut adalah susulan penggeledahan dilakukan di sebuah pangsapuri di Lembah Klang yang disewa seorang ahli perniagaan.
6. Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
Penemuan wang tersebut adalah susulan penggeledahan dilakukan di sebuah pangsapuri di Lembah Klang yang disewa seorang ahli perniagaan.
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berada dalam kelas tersendiri selepas menundukkan pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan akhir Terbuka Artik di Finland.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi,10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.
esal dengan kejadian yang berlaku, Azhar Ahmad, 53, berkata dia berterima kasih kepada waris mangsa yang mampu menghulurkan kemaafan meskipun memahami insiden itu bukan hal yang mudah untuk ditempuhi mereka.
Selepas menunggu lebih sedekad, Malaysia akhirnya meraih semula tempat di puncak podium dalam kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024, berkat kemenangan sensasi Aaron Tai-Kang Khai Xing di Nanchang, China.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami