awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pelajar UiTM Dungun: Suami pemandu wanita lega permohonan maaf diterima baik

Bernama
Bernama
13/10/2024
14:10 MYT
Nahas pelajar UiTM Dungun: Suami pemandu wanita lega permohonan maaf diterima baik
Maliaman Kassim (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan yang cedera akibat rempuhan berhampiran UiTM Dungun pada Rabu lepas di Hospital Dungun hari ini. - Bernama
DUNGUN: Sedikit kelegaan dirasai suami kepada wanita yang dipercayai merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun Rabu lepas hingga menyebabkan tiga daripadanya maut, apabila dikhabarkan kesediaan keluarga mangsa menyambut permohonan maaf daripadanya.
Kesal dengan kejadian yang berlaku, Azhar Ahmad, 53, berkata dia berterima kasih kepada waris mangsa yang mampu menghulurkan kemaafan meskipun memahami insiden itu bukan hal yang mudah untuk ditempuhi mereka.
Kontraktor pendawaian itu berkata dia juga berpeluang bersemuka dengan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pada 7.35 malam di Jalan Pantai berhampiran kampus itu, Muhammad Ammar Danish Muhammad Ridhuan, 20.
"Semalam selepas mengetahui Muhammad Ammar Danish akan keluar dari Hospital Dungun pada hari ini, saya bergegas ke hospital untuk bertemu dengannya dan kedua ibu bapanya kerana khuatir tidak sempat berjumpa mereka.
"Alhamdulillah, mereka menyambut baik kehadiran saya dan bersedia memaafkan apa yang telah berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.
UITM-SUAMI (MAAF) 2 (AKHIR) DUNGUN
Bapa kepada tiga anak itu juga berkata dia turut berterima kasih kepada pihak UiTM yang menyuarakan komitmen untuk menjadi pemudah cara pertemuannya dengan keluarga tiga pelajar yang terkorban iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25.
Sebelum ini media melaporkan kesediaan waris kepada Ku Azmi Aizad dan Khairil Anwar menyambut permohonan maaf yang dihulur Azhar berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, Jamaludin Hussin, 53, ayah kepada Khairil Anwar berkata dirinya akan tetap mengambil tindakan undang-undang sebagai usaha menegakkan keadilan buat Allahyarham anaknya itu.
Terdahulu, reman terhadap pemandu wanita tersebut yang dipercayai mempunyai penyakit mental disambung dua hari bermula esok.
Perintah reman hingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas pelajar
#UiTM Dungun
#permohonan maaf
#keluarga mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan