MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
1. Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Titahnya, perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
2. Jalan Gua Musang-Jeli di KM 35 ditutup susulan tanah mendap - Polis
Jalan terbabit kelihatan melengkung dan semakin menurun justeru terpaksa ditutup kerana bimbang berlaku pergerakan air bawah tanah.
3. 'Sebelum tukar nama, fahami sejarah dahulu' - Sultan Selangor
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
4. Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Beliau akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
5. Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan kewujudan MoU itu hanyalah bersifat andaian.
6. Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Pensyarah terbabit telah menjawab 23 soalan ketika sesi rakaman keterangan oleh USJT Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada 25 Nov.
7. Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming Kamarulzaman menerusi posting di Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
8. Lapan negeri terjejas banjir, lebih 143,000 mangsa berlindung di PPS
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, dan Johor, membabitkan 36 daerah.
9. Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Jelani Sulong, cuti itu diberikan susulan beberapa sekolah kini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), sejak Jumaat lalu.
10. Dasar lebih inklusif kerajaan tidak akan korbankan kepentingan orang Melayu - PM
Kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Melayu bahawa dasar kerajaan yang lebih inklusif dan bertoleransi terhadap bangsa lain berpotensi mengorbankan kepentingan mereka adalah tidak berasas.