awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2024
00:10 MYT
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah kerana percaya tiada sesiapa sepatutnya melangkaui undang-undang. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk segera mempersiapkan rayuan tersebut.
"Tidak ada masa yang akan dibazirkan kerana beliau bertekad untuk memastikan rayuan ini didengar secepat mungkin.
"Seperti yang dinyatakan, jika keputusan mahkamah didapati tidak berpihak kepadanya, beliau akan menghormati institusi kehakiman walaupun perit dan tidak adil keputusan tersebut.
"Cinta beliau kepada negara ini adalah tanpa syarat dan beliau terus menghormati prinsip dan institusi yang membentuk negara ini walaupun dalam saat-saat yang sukar," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menyifatkan tindakan Syed Saddiq menyimpan dan membahagikan wang Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti, menimbulkan satu inferens niat jahat.
Atas dasar itu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan atas empat kes tersebut.
Beliau berkata demikian dalam alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman, selepas setahun sabitan dan hukuman dijatuhkan terhadap anak kelahiran Johor Bahru itu.
Mengulas lanjut, Muda berkata, Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah kerana percaya tiada sesiapa sepatutnya melangkaui undang-undang.
"Sebagaimana yang dikatakan beliau, di sisi undang-undang, kita semua adalah sama, hanya kepercayaan yang tidak berbelah bahagi ini Malaysia mampu menjadi negara maju yang menjaga semua kepentingan rakyat.
"Ini prinsip yang Muda tegakkan dalam perjuangan kami untuk memastikan sistem perundangan kita kekal adil dan tidak dipengaruhi oleh kekuatan politik atau mana-mana kepentingan peribadi," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#AMLA
#Mahkamah Tinggi
#proses rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan