NATIONAL
8 negeri terjejas banjir, lebih 143,000 mangsa berlindung di PPS

Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 92,990 mangsa di 287 PPS, diikuti Terengganu dengan 40,349 mangsa di 319 PPS. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri terus meningkat kepada 143,905 orang daripada 43,176 keluarga yang ditempatkan di 693 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 malam.
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 143,905 orang daripada 43,176 keluarga yang ditempatkan di 693 pusat pemindahan sementara (PPS).
- Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 92,990 mangsa di 287 PPS, diikuti Terengganu dengan 40,349 mangsa di 319 PPS.
- Negeri-negeri lain seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Johor, dan Melaka juga terjejas, dengan jumlah mangsa yang berbeza-beza dan PPS yang dibuka untuk menampung mereka.
Terengganu pula mempunyai 319 PPS di lapan daerah, menempatkan 40,349 mangsa daripada 11,186 keluarga.
Di Negeri Sembilan, 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,985 mangsa daripada 569 keluarga.
Di Kedah, 53 PPS di tujuh daerah menempatkan 7,210 mangsa daripada 2,240 keluarga.
Selangor mempunyai satu PPS di satu daerah yang menempatkan 229 mangsa daripada 57 keluarga.
Di Perlis, dua PPS di dua daerah menempatkan 339 mangsa daripada 106 keluarga.
Keadaan banjir di Johor pula merekodkan 499 mangsa daripada 149 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS di dua daerah.
Di Melaka, enam PPS diaktifkan untuk menempatkan 304 mangsa daripada 73 keluarga di tiga daerah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami