Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.
Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di Seremban musnah dalam kebakaran, awal pagi Jumaat.
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dan pesakit tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding tertutup berhubung Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam pada 24 Februari ini.
Jenazah murid Tahun 4, Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga, jam 3.20 petang tadi.
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Kementerian Kesihatan memberitahu, siasatan yang dijalankan mendapati gula-gula tersebut menyalahi keperluan pelabelan yang diperlukan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 (Akta 281).
Tujuh suspek masing-masing seorang wanita dan lelaki tempatan, serta lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu.
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum cuba mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, di sini pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


