MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekeras-kerasnya telah menarik diri dari Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan beliau bersama 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain menarik sokongan seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Ahad.
"Kenapa perlu nasihat PBT (pihak berkuasa tempatan)? Jangan salahkan mereka yang hanya menjalankan kerja, tak adil semua perkara salahkan PBT."
Polis mengesahkan penemuan objek besi berbentuk seumpama torpedo di Pantai Seberang Takir bukan bom sebenar.
Trend pempengaruh dan usahawan kosmetik membeli produk kecantikan dari Thailand tanpa cukai serta tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang semakin berleluasa, didorong oleh perbezaan harga yang ketara di pasaran tempatan.
Timbalan Presiden MIC, M Saravanan mempertahankan bahawa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India di Kuala Lumpur telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu dan tidak pernah dipindahkan seperti dakwaan pihak tertentu.
Dua set tren elektrik (ETS) yang dijangka tiba daripada pembekal di China pada April ini, akan mula beroperasi menjelang Ogos.
Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan pengurusan hotel yang diamanahkan mengendalikan empat hotel wakaf di bawah Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) agar menjaga imej pusat penginapan itu dengan baik.
Rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai masyarakat yang pemurah dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada kumpulan sasar bagi meringankan beban mereka dalam menyambut perayaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami