MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 24/03/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Mac 2025.


1. Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan Peguam Negara

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, mencapai keputusan itu secara sebulat suara selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.



2. Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita

Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pada 17 Mac lalu.


3. Farid Kamil akhirnya lepaskan Diana Danielle

Aktor dan pengarah, Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle pada pagi Isnin.


4. Guru suruh murid pulang ke China: KPM jalankan siasatan dalaman

Tindakan seorang guru yang didakwa menyuruh pelajarnya 'pulang ke China' kerana kurang fasih berbahasa Melayu sedang disiasat Kementerian Pendidikan (KPM).


5. Isteri Edika Yusof failkan cerai, sudah tidak tinggal serumah

Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya sejak pertengahan Februari lalu.


6. “Selamat Hari Raya” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam rakam keterangan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 3.05 petang selepas memberi keterangan selama kira-kira lima jam pada Isnin.


7. 601 penghuni di 34 penjara dilepaskan secara lesen sempena Aidilfitri

Seramai 601 penghuni dari 34 institusi penjara di seluruh negara dibebaskan Isnin menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidilfitri.


8. Mahkamah tolak permohonan ikat jamin CEO GISB, 12 individu

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 12 individu lain yang berdepan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, untuk dibenarkan ikat jamin.


9. Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar

Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.


10. Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatkan di Myanmar akan dihantar pulang

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui, berkata kedutaan di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dan Kedutaan Malaysia di Yangon untuk mengesahkan semua rakyat Malaysia yang dihantar pulang dari Myanmar.




#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia