[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 26/03/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Mac 2025.


1. Rindu Faisal Halim sarung jersi Harimau Malaya terubat

Walaupun berpeluang kembali beraksi, beliau masih perlu bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan dan mencapai tahap terbaiknya.



2. Suami isteri maut kemalangan, sempat rakam gambar terakhir di studio sempena Aidilfitri

Mereka yang berbaju raya kelihatan sangat teruja dan gembira merakam momen bersama untuk kenangan Aidilfitri ini.


3. KWSP kekal fokus tingkatkan pelaburan dalam ketidaktentuan pasaran

Pemulihan pasaran global dan domestik memainkan peranan penting dalam peningkatan prestasi pelaburan tahun lalu.


4. Seramai 5.4 juta bakal menerima bantuan SARA mulai 1 April

Penerima SARA yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100, meningkat 75% berbanding tahun 2024.


5. Anggota tentera maut akibat hentakan kuat di dada

Kematian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja di sebuah kem di Miri, Sarawak pada Isnin berpunca daripada hentakan kuat di bahagian dada.


6. Kementerian Komunikasi umum Insentif Rebat RAHMAH pada hari pertama Aidilfitri

Pemberian berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia, sama ada prabayar atau pascabayar


7. Ibu bapa Fatimah ‘Family The UK’ menangis, muncul benjolan lagi pada anak

IBU kepada personaliti cilik, Fatimah Omar Mukhlis iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail berkongsi mengenai keadaan terkini anaknya.


8. Dakwaan pampasan RM2 juta kepada pihak kuil tidak benar - Dr Zaliha

Dakwaan kerajaan memberikan pampasan RM2 juta kepada pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


9. FELDA perlu kemuka pelan, hala tuju baharu dalam tempoh sebulan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi masa sebulan untuk pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengemukakan pelan dan hala tuju baharu.


10. Bella Astillah menangis depan Kaabah, syukur selesai tunai umrah

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah syukur apabila selesai menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.


#berita pilihan #tempatan #harimau Malaya #KWSP