ENTERTAINMENT
Bella Astillah menangis depan Kaabah, syukur selesai tunai umrah

Bella berkongsi momen menangis di depan Kaabah kerana rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah atas doa yang dimakbulkan. -Gempak/Instagram
PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah syukur apabila selesai menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.
Ringkasan AI
- Bella Astillah bersyukur dapat menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan bersama adiknya, Didi Astillah.
- Bella berkongsi momen menangis di depan Kaabah kerana rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah atas doa yang dimakbulkan.
- Bella turut mendoakan semua yang mengenalinya dan berterima kasih atas sokongan yang diterima.
Selesai Tunai Umrah
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, turut bersyukur dapat bersama adiknya, Didi Astillah pada ibadah umrah kali ini.
“Terima kasih atas jemputan ke rumahMu ya Allah, Makkah Al-Mukarrahmah bagi hambaMu yang penuh kekurangan ini.
“Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik @didiangelastillah bersama. Alhamdulillah,” coret Bella.
Menangis Depan Kaabah
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi momen dia menangis dihadapan Kaabah selepas berdoa di tempat paling suci itu.
“Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
“Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.
“Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya. Bella turut mendoakan semua yang mengenali Bella ataupun tidak.
“Kebelakangan ini, bella terima banyak sangat kash sayang dan sokongan yang luar biasa dari semua masya-Allah.
"Never did I think in a million years that I would receive such great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bella memilih untuk menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan bersama adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah. -Gempak

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami