awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rindu Faisal Halim sarung jersi Harimau Malaya terubat

Bernama
Bernama
26/03/2025
02:00 MYT
Rindu Faisal Halim sarung jersi Harimau Malaya terubat
Faisal ketika melepasi asakan pemain Nepal Anjan Bista pada perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bagi kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Pemain sayap kebangsaan, Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui rindunya terubat selepas membantu Malaysia menewaskan Nepal 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, semalam.
Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim berkata, walaupun berpeluang kembali beraksi, beliau masih perlu bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan dan mencapai tahap terbaiknya.
"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), jurulatih Peter (Peter Cklamovski), TMJ yang memberi peluang dan semangat kepada saya setahun tak bersama pasukan kebangsaan.
"Ini buat kali pertama saya menyarung jersi pasukan kebangsaan kembali, rindu itu.. amat-amat rindu sebenarnya, dan pada malam ini (semalam) walaupun dapat peluang bermain saya rasa banyak lagi saya perlu perbaiki untuk masa depan dan perlawanan berikutnya," katanya ketika ditemui selepas aksi menentang Nepal.
Pada aksi semalam, Faisal membuat penampilan pertamanya dengan jersi Harimau Malaya sejak insiden serangan asid pada Mei tahun lepas, apabila dimasukkan ketika perlawanan berbaki kurang 20 minit.
SUKAN-BOLA SEPAK (FAISAL HALIM) 2 (AKHIR) ISKANDAR PUTERI
Pada 5 Mei tahun lepas Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, sekali gus mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian badannya dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.
Sementara itu pemenang Gol Terbaik Piala Asia 2023 yang mesra disapa Mickey itu mengakui berasa janggal ketika dimasukkan sebagai pemain gantian.
"Perasaan sebelum masuk memang agak lain, tak seperti sebelum ini sebagai pemain tetap, sekarang ini saya kena banyak bekerja keras untuk mencari rentak dan persembahan terbaik. Buat masa sekarang saya dah buktikan Mickey boleh beraksi dan perlukan masa lagi untuk jadi terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#harimau Malaya
#Faisal Halim disimbah asid
#kelayakan piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan