NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Mac 2025.
Lima orang termasuk tiga sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, dalam kejadian di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sedenak, malam tadi.
Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa
2. Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa bapanya, seorang pesara tentera, pada 7 Mac lalu berhampiran Padang Besar, meninggal dunia semalam, selepas 20 hari bertarung dengan kecederaan serius di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Akhir-akhir ini, media sosial semakin menjadi tumpuan susulan dipenuhi dengan komen dan pandangan berbentuk spekulasi serta provokasi daripada netizen berkaitan pelbagai isu, menjadikannya semakin sukar untuk dikawal.
Perdana Menteri menegaskan rasionalisasi subsidi RON95 yang akan dilaksanakan kelak tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
5. Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
5. Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
Gegaran akibat gempa tersebut turut menggemparkan penduduk di selatan Thailand, dengan ratusan orang dilaporkan bergegas keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.
6. Berita buruk: 'Kami semua terdiam, Fatimah London perlu kembali ke hospital' - Ibu
6. Berita buruk: 'Kami semua terdiam, Fatimah London perlu kembali ke hospital' - Ibu
Tanpa memaklumkan secara jelas mengenai status kesihatan Fatimah, Nor Ashila menyifatkan bahawa mereka sendiri tidak bersedia sepenuhnya untuk menerima 'berita buruk'.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan siasatan terperinci dan telus akan dijalankan berhubung kemalangan maut yang meragut lima nyawa di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kluang, Johor malam tadi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kesal dengan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W di media sosial baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah Myanmar dan utara Thailand sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok serta kawasan berhampiran.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Bangkok mengesahkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat serta tidak terjejas setakat ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami