NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 31/03/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Mac 2025.


1. Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh - Agong, Raja Permaisuri

Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan semua lapisan rakyat adalah asas kenegaraan yang mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh, seterusnya dipupuk dan diwariskan kepada generasi akan datang.



2. Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Myanmar, komited bantu usaha kemanusiaan - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semalam bagi menyampaikan ucapan takziah mewakili Malaysia susulan bencana gempa bumi yang melanda Myanmar.


3. Steven Sim tidak pernah lantik mana-mana individu sebagai penasihat

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai penasihat beliau.


4. Hayati semangat Aidilfitri, elak sengketa dalam masyarakat - Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menghayati semangat dan pengertian Syawal bagi menyemarakkan lagi nilai keharmonian dalam kalangan masyarakat di negara ini.


5. Kemeriahan Aidilfitri dirasai rakyat berbilang kaum, peluang erat silaturahim

Semangat perpaduan kukuh ditunjukkan rakyat pelbagai kaum dan agama yang turut sama meraikan sambutan Aidilfitri menjadikan kemeriahan perayaan umat Islam itu amat dirasai di seluruh negara.


6. Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita dibebaskan dengan jaminan

Seorang anggota tentera yang ditahan bagi membantu siasatan kes menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga mendatangkan kecederaan di Jalan Persiaran Senawang 4, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.


7. Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni.


8. Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamatkan bomba

Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba.


9. Bergson mampu jadi nilai tambah, mahu Irazabal sertai Harimau Malaya

Selepas melihat prestasi menakjubkan daripada Hector Hevel, peter Cklamovski yakin terdapat ramai lagi pemain warisan yang sedang berkelana di luar negara akan memperkuat skuad kebangsaan mencapai objektif utama ke Arab Saudi.


10. Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - Kementerian Komunikasi

Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan serta operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP).



#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #berita Malaysia #Berita AWANI