MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 April 2025.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2025.

1. Kebakaran paip gas di Puchong, penduduk sekitar dipindahkan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melakukan kerja-kerja memadam api kebakaran melibatkan paip gas sepanjang 500 meter di Jalan Putra Harmoni, berhampiran kawasan perumahan awam.


2. Tumbuk pemandu wanita: TDM serah siasatan kepada polis

Tentera Darat Malaysia (TDM) menyerahkan siasatan kepada polis berhubung kes anggotanya yang dipercayai melakukan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga cedera di Jalan Persiaran Senawang 4, tiga hari lepas.


3. Kebakaran paip gas: Lebih 50 rumah berdekatan lokasi kejadian terjejas teruk

Lebih 50 buah rumah di Kampung Tengah, Kampung Kenangan dan Kampung Sungai Baru di sini terjejas teruk akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang menggegarkan negara pagi ini.


4. Kebakaran paip gas: 'Mangsa berlari tanpa pakaian, badan berasap'

Tragedi menggemparkan melanda Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini apabila kebakaran besar menyebabkan beberapa mangsa mengalami kecederaan akibat melecur, dengan seorang lelaki dilaporkan berlari tanpa pakaian dan badan berasap untuk menyelamatkan diri.


5. Kebakaran saluran gas dipadam sepenuhnya, 305 mangsa diselamatkan - Amirudin

Kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berjaya dipadam sepenuhnya pukul 3.45 petang ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.


6. Kebakaran paip gas: Bantuan segera sehingga RM5,000 untuk mangsa terjejas - PM Anwar

Mangsa yang terkesan dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, di sini, bakal diberi bantuan segera untuk meringankan beban mereka.


7. Tanah runtuh di Seri Kembangan, tiada kemalangan jiwa

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Cheras Jaya, Seri Kembangan, pada Selasa.


8. Polis siasat dakwaan kerja korek tanah punca kebakaran saluran gas

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan.


9. Kebakaran paip gas tidak libat kematian setakat ini - Dr Dzulkefly

Insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya tidak melibatkan sebarang kematian setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


10. Wanita maut ditikam suami di leher

Seorang wanita maut ditikam suaminya di bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Perpaduan Datu Ugi, di sini, pagi Selasa.





#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI