awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: Bantuan segera sehingga RM5,000 untuk mangsa terjejas - PM Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/04/2025
10:19 MYT
Kebakaran paip gas: Bantuan segera sehingga RM5,000 untuk mangsa terjejas - PM Anwar
Anwar (tengah) meninjau situasi terkini di lokasi kejadian kebakaran saluran paip gas bocor di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di pusat operasi Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Taman Putra Harmoni hari ini. -Bernama
SUBANG JAYA: Mangsa yang terkesan dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, di sini, bakal diberi bantuan segera untuk meringankan beban mereka.

Ringkasan AI
  • Pemilik rumah yang rosak total akan diberi bantuan RM5,000, manakala rumah yang rosak sebahagian akan diberi RM2,500.
  • Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan Petronas akan memperbaiki dan memulih kawasan perumahan terjejas, namun ia dijangka mengambil masa.
  • Tindakan terperinci bagi membantu mangsa akan dibincangkan dengan semua agensi terbabit, termasuk wakil penduduk.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilik rumah yang mengalami kerosakan total akan diberi bantuan sebanyak RM5,000, manakala rumah yang rosak sebahagian akan diberi bantuan sebanyak RM2,500.
"Langkah segera dalam tempoh sehari dua ini. Petronas, kalau perlu kerajaan persekutuan akan lihat keperluan menambah. Rumah rosak sepenuhnya diberi RM5,000 supaya mereka dapat guna untuk perbelanjaan sementara.
"Manakala yang lain, terdapat kira-kira 100 buah rumah, akan menerima RM2,500," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas melawat bilik gerakan kebakaran berhampiran Kuil Sri Maha Kaliamman, pada Selasa.
Kata Perdana Menteri, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Petronas mengambil tanggungjawab memperbaiki dan memulih kawasan perumahan terjejas, namun ia dijangka mengambil masa.
Katanya lagi, tindakan terperinci bagi membantu mereka yang terjejas akan dibincangkan dengan semua agensi terbabit, termasuk wakil penduduk.
"Langkah yang kita ambil, menerusi perbincangan antara kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Petronas, tak mungkin rumah-rumah ini boleh dipulihkan dalam masa singkat.
"Jadi sekarang Petronas dan kerajaan sedang bincang bagaimana nak ambil tindakan sementara tapi munasabah kerana insiden ini bukan macam banjir, seminggu dua sudah boleh selesai," katanya.
Topic Berkaitan
#putra height
#kebakaran paip
#Petronas
#Anwar Ibrahim
#bantuan segera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan