[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 April 2025.
1. Kebakaran paip gas Putra Heights: Siasatan kenal pasti kontraktor masih berjalan - Polis
Polis juga perlu merujuk pihak berkepentingan termasuk MPSJ termasuk dan Petronas terlebih dahulu.
2. Kebakaran paip gas Putra Heights: 111 orang dapatkan rawatan di hospital, alami sesak nafas - Polis
Beberapa penduduk mula mengalami sesak nafas ketika ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) semalam.
3. Seorang parah, tiga cedera khemah jual mercun terbakar
Kebakaran melibatkan kanopi berukuran 20x20 kaki persegi itu telah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pihak bomba.
4. Kebakaran paip gas Putra Heights: Projek berhampiran lokasi ada kelulusan - Datuk Bandar
Projek itu bukan berada dalam Rizab Laluan (ROW) Petronas namun telah diberikan kelulusan serta kebenaran merancang pada 2022.

5. 'Mangsa jerit minta tolong, terjun sungai sebab bahang sangat panas'
Kata Ahmad Syawal, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 8.15 pagi selepas nampak kanak-kanak dan keluarga mereka di seberang sungai.

6. "Saya tidak suka spekulasi, salahkan sesiapa" - Tun Mahathir
Tiada siapa yang harus dipersalahkan ketika ini sehingga proses siasatan berhubung insiden kebakaran saluran paip gas Petronas selesai dilakukan.
7. Kebakaran paip gas Putra Heights: Tiada jasad ditemukan di lokasi - Polis
Polis mengesahkan tidak mengesan atau menemukan jasad di lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini.
8. Kebakaran paip gas Putra Heights: Raja Muda Selangor titah mangsa ditempatkan lokasi lebih selesa
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya ke kawasan yang lebih selesa.
9. Kebakaran paip gas Putra Heights: Kawasan selamat untuk mulakan proses pemulihan - Polis
Kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights disahkan selamat untuk memulakan proses pemulihan selepas pihak Petronas tidak lagi mengesan kewujudan gas di salah satu saluran paip yang terjejas.
10. Standard penyelenggaraan Petronas tinggi, hayat paip lebih 50 tahun - Bekas jurutera
Penyelenggaraan rangkaian saluran paip gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di seluruh negara dilaksanakan mengikut piawaian yang tinggi dengan saluran paip tersebut mempunyai jangka hayat melebihi 50 tahun, kata Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
#berita pilihan #tempatan #PPS #saluran gas