MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 03/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 April 2025.


1. Trump umum tarif timbal balik, Malaysia kena 24 peratus

AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, menyumbang 11.3 peratus daripada jumlah perdagangan negara.



2. Perang tarif: Malaysia tidak kenakan tarif balas, runding pihak berkuasa AS cari penyelesaian

MITI memandang serius tindakan AS dan kini giat berunding dengan pihak berkuasa negara itu bagi mencari penyelesaian.


3. Kebakaran paip gas Putra Heights: Penghuni 115 kediaman dibenar pulang mulai hari ini

Penduduk yang terlibat akan dibenarkan untuk tinggal di kediaman masing-masing selepas ia dikenal pasti selamat.


4. Dua anjing Rottweiler serang lima individu telah dilupuskan - Veterinar

Dua ekor anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada Selasa telah dilupuskan pada Rabu.


5. Lebih dua juta kenderaan dijangka gunakan rangkaian PLUS mulai esok

PLUS menyarankan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di Aplikasi PLUS.


6. Kebakaran paip gas Putra Heights: 'Ini bukan masanya panggil sidang DUN' - Amirudin

Tegas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tumpuan perlu diberikan kepada siasatan serta langkah-langkah memastikan keselamatan penduduk yang terjejas.


7. Kebakaran gas Putra Heights: Sultan Selangor titah MAIS salur bantuan kepada pelajar terjejas

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan kepada pelajar semua peringkat persekolahan yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.


8. Lagi kes kandungan jelik, MCMC rakam keterangan pegawai khidmat pelanggan

Seorang pegawai khidmat pelanggan telah dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana dipercayai memuat naik kandungan bersifat jelik melampau, serta menyentuh sensitiviti kaum melalui aplikasi media sosial X.


9. Pencarian MH370 disambung semula pada akhir tahun ini - Loke

Kerajaan Malaysia telah mencapai persetujuan dengan Ocean Infinity (United Kingdom) untuk menyambung semula pencarian bangkai pesawat bagi penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang pada 2014.


10. Lebih dua juta kenderaan dijangka gunakan rangkaian PLUS mulai Jumaat

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 2 juta kenderaan sehari akan berada di rangkaian lebuh rayanya untuk tempoh tiga hari bermula esok berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.




#berita pilihan #tempatan #media sosial #Malaysia Airlines