Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 April 2025.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PN dan PSM.
Ops Mega Pembersihan itu membabitkan lebih 1,400 petugas, termasuk sukarelawan dari pelbagai agensi.
Anwar juga berharap semoga kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.
Sebilangan besar ahli memilih untuk mengundi secara dalam talian, dengan keputusan dijangka diumumkan malam ini.
Deretan bilik darjah di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat di Ipoh, terbakar dalam kejadian pada Sabtu.
Beliau berkata kerajaan komited untuk memerangi perbuatan menyalah guna peruntukan kerajaan demi kepentingan peribadi, termasuk manipulasi tender serta penyelewengan dana pembangunan.
Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming menyifatkan tindakan penyokong Perikatan Nasional (PN) menggunakan karikatur yang seolah-olah menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, sebagai tidak matang dan tidak wajar.
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkirkan juara bertahan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China untuk menempah slot ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 malam ini.
Hubungan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini baik dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SYARIKAT rakaman Suria Records (SRC) mendedahkan pihaknya masih memiliki kira-kira 11 lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang belum pernah dilancarkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


