MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 13/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 April 2025.

1. Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia pada usia 61 tahun

Datuk Salleh Kalbi meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru pada usia 61 tahun.


2. Bekas ADUN Seberang Jaya, Dr Radin Muhammad Amin meninggal dunia

Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir, 71, meninggal dunia pada pukul 6.55 pagi ini di Hospital Bukit Mertajam akibat kanser.


3. Rumah runtuh awal pagi di Lawas, wanita terperangkap dihempap almari

Punca kejadian masih dalam siasatan manakala kesemua mangsa telah berpindah ke rumah saudara terdekat.


4. Kejohanan Renang Para Siri Dunia: Perenang negara, Duran Yaspi raih emas kedua

Duran meraih pingat emas menerusi acara 100 meter kuak lentang (S1-S14) kategori B18.


5. Pemilihan PKR: Timbalan menteri kalah rebut timbalan ketua cabang, Shamsul Iskandar menang besar

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menang besar dengan memperoleh 1,995 undi pada pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya.


6. Kebakaran gas Putra Heights: 613 keluarga dibenarkan pulang, PPS ditutup

Kerajaan negeri menyediakan rumah sewa sementara untuk mangsa kebakaran, termasuk homestay dan Airbnb, dengan bantuan selama sebulan.


7. Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - TPM Fadillah

Rundingan bagi meminda kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak perlu dibuat secara bersemuka khususnya dengan setiap Ahli Parlimen di Semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


8. BAC 2025: Aaron Chia-Wooi Yik dinobat juara, akhiri kemarau 18 tahun Malaysia

Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini.


9. PRK Ayer Kuning: Dakwaan boikot cubaan gugat keharmonian UMNO - Mohamed Khaled

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan berlaku pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti.


10. KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar - Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) tegas menangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar di semua institusi pendidikan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.




#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negara #Berita AWANI