awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah runtuh awal pagi di Lawas, wanita terperangkap dihempap almari

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
13/04/2025
00:30 MYT
Rumah runtuh awal pagi di Lawas, wanita terperangkap dihempap almari
Enam sekeluarga berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Banting, Lawas, Sarawak runtuh ketika sedang nyenyak tidur awal pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
LAWAS: Enam sekeluarga berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka runtuh ketika sedang nyenyak tidur awal pagi Ahad.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata, insiden berlaku di Kampung Banting, dekat sini.
“Pihak kita menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.10 pagi dan segera mengaktifkan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi.
“Setibanya empat minit kemudian pasukan mendapati rumah jenis tidak kekal itu telah roboh keseluruhan.
“Lima daripada enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan ringan manakala seorang wanita terperangkap kerana kakinya dihempap oleh almari.
Secara berhati-hati kata Ling Hii, pihaknya menggunakan spining board untuk mengeluarkan kaki mangsa, sebelum dipasang c-collar bagi mengelakkan sebarang kecederaan lanjutan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lawas untuk pemeriksaan lanjut.
Punca kejadian katanya lagi masih dalam siasatan manakala kesemua mangsa telah berpindah ke rumah saudara terdekat.
Topic Berkaitan
#rumah runtuh
#dihempap almari
#Kampung Banting Lawas
#enam sekeluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan