awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Dakwaan boikot cubaan gugat keharmonian UMNO - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
13/04/2025
10:30 MYT
PRK Ayer Kuning: Dakwaan boikot cubaan gugat keharmonian UMNO - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled (kiri) berkata semua sayap parti sedang menggembleng tenaga bagi memastikan kemenangan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan berlaku pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti.

Ringkasan AI
  • Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning, menyifatkannya sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti.
  • Pemilihan Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon BN adalah tepat, dan beliau merupakan calon terbaik untuk mewakili masyarakat di DUN Ayer Kuning.
  • PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri (BN), Abd Muhaimin Malek (Perikatan Nasional), dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

Beliau berkata pihaknya tidak mendengar sebarang isu berkaitan pergeseran itu, malah semua sayap parti sedang menggembleng tenaga bagi memastikan kemenangan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah.
"Saya berada di sana (DUN Ayer Kuning), dan saya tidak dengar langsung isu boikot seperti yang didakwa. Ia sengaja dibangkitkan untuk memecahbelahkan keharmonian dalam parti. Semasa hari penamaan calon, saya lihat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semuanya hadir dan tiada sebarang masalah," katanya.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan dakwaan berhubung pergeseran dalaman itu.
Sementara itu, Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilihan Dr Mohamad Yusri oleh kepimpinan parti adalah tepat kerana beliau merupakan calon terbaik untuk mewakili masyarakat di DUN berkenaan.
Justeru, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memohon pengundi agar memilih calon yang mampu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membawa suara rakyat di kawasan tersebut.
PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri (BN), Abd Muhaimin Malek (Perikatan Nasional) dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#Mohamed Khaled Nordin
#pergeseran
#Pemuda UMNO Bahagian Tapah
#calon Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan