awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 April 2025.
1. Persahabatan China-Malaysia kekal abadi
Sebagai tanda penghargaan terhadap lawatan bersejarah Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, kira-kira 200 warga China yang terdiri daripada pelajar berkumpul di luar hotel penginapannya di sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin tertinggi negara itu.
2. Isu gambar Jalur Gemilang: Ketua Editor, pereka grafik Sin Chew Daily dipanggil beri keterangan
Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar Sin Chew Daily akan dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
3. Keputusan SPM 2024 diumum pada 24 April - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada Khamis, 24 April ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
4. Rayuan kes Syed Saddiq: Arah ‘clearkan’ RM1 juta bukti tindakan tidak jujur – DPP
Syed Saddiq mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu untuk mengeluarkan RM1 juta bagi mengelakkan ia disita SPRM, yang disifatkan Timbalan Pendakwa Raya sebagai tidak jujur.
5. 1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng
Bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perbicaraan kes 1MDB yang sedang berlangsung.
6. Isu gambar Jalur Gemilang: Ketua Pengarang, timbalan Sin Chew Daily selesai rekod keterangan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, mereka antara individu yang dipercayai meluluskan gambar berkenaan.
7. Jalur Gemilang: Sin Chew gantung tugas dua editor
Sin Chew Daily telah menggantung tugas Ketua Pengarangnya, Chan Aun Kuang dan Timbalan Ketua Penyunting Berita susulan penyiaran imej Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depan akhbar tersebut.
8. Polis siasat hantaran media sosial hina Agong
Polis menjalankan siasatan terhadap satu hantaran yang tular di media sosial hari ini kerana disyaki mengandungi elemen menghina Yang di-Pertuan Agong.
8. Kerajaan giatkan usaha perkukuh ekosistem pendidikan digital, AI - Fadhlina
Kerajaan sedang mempergiat usaha untuk terus memperkuat ekosistem pendidikan digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pelbagai segmen yang dilaksanakan secara berperingkat.
9. Setiap jabatan disaran kaji semula peraturan lama - Azam Baki
Setiap jabatan kerajaan disarankan mengkaji semula undang-undang serta peraturan lama dan lapuk untuk dibuat pindaan atau perubahan bersesuaian dengan keadaan semasa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
10. DBKL diberi empat bulan laksana pemutihan peniaga tanpa lesen - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi tempoh empat bulan untuk melaksanakan pemutihan menyeluruh peniaga tidak berlesen atau dikenali sebagai peniaga 'rambo' di ibu kota.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#kecerdasan buatan
#Jalur Gemilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan