awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persahabatan China-Malaysia kekal abadi

Bernama
Bernama
17/04/2025
02:40 MYT
Persahabatan China-Malaysia kekal abadi
Sebahagian rakyat China yang kebanyakannya pelajar universiti memberi sokongan kepada Presiden China, Xi Jinping yang mengakhiri lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Sebagai tanda penghargaan terhadap lawatan bersejarah Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, kira-kira 200 warga China yang terdiri daripada pelajar berkumpul di luar hotel penginapannya di sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin tertinggi negara itu.
"Persahabatan China-Malaysia kekal abadi" - itulah kata-kata yang dilaungkan mereka sebagai simbolik kepada berakhirnya lawatan negara Xi ke Malaysia hari ini.
Dalam suasana yang dilihat penuh bersemangat, mereka turut membawa sepanduk yang tertera kata-kata "Persahabatan China-Malaysia kekal abadi", di samping mengibarkan bendera China dan Malaysia serta melaungkan kata-kata sokongan kepada Presiden Xi.
Sambutan itu mencerminkan hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara yang terbina atas asas saling menghormati dan persefahaman.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
Xi pula menzahirkan keyakinan Malaysia akan terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Anwar.
Xi berkata, Malaysia telah berkembang pesat dan mencapai kemajuan besar dalam pemodenan sejak kali terakhir beliau melawat negara ini 12 tahun lepas.
Lawatan negara tiga hari Xi ke Malaysia yang bermula Selasa adalah atas undangan Sultan Ibrahim akan berakhir hari ini.
Ia adalah sebahagian daripada siri Lawatan Negara pertama Presiden China tahun ini, yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun lepas.
Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia.
Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia (RM2.88 trilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lawatan Negara
#Presiden Xi Jinping
#persahabatan China-Malaysia
#hubungan erat dua negara
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan