Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 April 2025.
Ustaz Zen berdiri tenang dan berdoa berhampiran keranda yang dilitupi Jalur Gemilang.
Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk berfungsi sebagai suara atlet dalam usaha membentuk persekitaran sukan yang lebih adil, berintegriti dan bertanggungjawab.
Sokongan Malaysia bukan bersifat simbolik atau bermusim, tetapi lahir daripada komitmen moral dan dasar luar negara yang berteraskan keadilan sejagat..
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneliti aspek pedagogi (kaedah dan prinsip pengajaran) di institusi itu berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa yang tular baru-baru ini.
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara rasmi mengekalkan jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44 pada Sabtu.
Kertas siasatan membabitkan akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat.
Teka-teki mengenai masa depan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terjawab apabila beliau pada Sabtu mengumumkan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba berbasikal trek namun secara profesional.
Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai turut mendakwa, pemimpin kerajaan terdahulu sepatutnya bertanggungjawab ke atas perkara itu.
Modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) yang sebelum ini berasingan untuk lesen motosikal dan motokar akan diintegrasikan dengan calon hanya perlu menduduki satu kelas teori sahaja berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) bersama Hydroshoppe Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung insiden kerosakan dan kemusnahan terhadap barangan milik syarikat berkenaan, pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


