MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 April 2025.


1. Polis siasat kes lepaskan tembakan terhadap lelaki mengamuk di Banting

Tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan.



2. SLB mohon maaf video papar Jalur Gemilang tidak lengkap

Jelas SLB, pihaknya amat menyesali kesilapan tidak disengajakan yang berlaku ketika proses kreatif, dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan terbabit.


3. Faisal Halim kongsi imej sinar-X kecederaan patah hidung dialaminya

Faisal mengalami kecederaan patah tulang hidung pada minit ke-55 perlawanan itu, apabila bertembung dengan kapten The Cops, Faith Friday Obilor.


4. Sistem kemasukan ke MRSM, SBP diselaras mulai Januari 2026 - Ahmad Zahid

Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun hadapan.


5. 'Umat Islam tidak aniaya sesama sendiri dengan tawaran pakej haji palsu' - Sultan Selangor

Umat Islam diingatkan agar tidak menganiaya sesama sendiri dengan mengambil kesempatan menawarkan pakej haji palsu untuk mengaut keuntungan.


6. Tingkatkan hasil negeri, minimumkan ketirisan - Sultan Kedah

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meningkatkan hasil pendapatan negeri.


7. PRK Ayer Kuning: BN umum manifesto, tiga tekad utama, tujuh tawaran

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.


8. TPM Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi 3 hari ke Indonesia

Ahmad Zahid bakal mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka, bagi memperkukuhkan hubungan dua hala.


9. Pemilihan PKR: Akmal Nasir gagal pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Akmal memperoleh 587 undi manakala Mohamad Taufiq memperoleh 709 undi.


10. China henti pembelian, MAG bincang dengan Boeing dapatkan pesawat lebih awal

Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meninjau kemungkinan mempercepatkan garis masa pemerolehan pesawat Boeing pesanannya selepas slot itu dilepaskan oleh syarikat penerbangan China susulan perang perdagangan AS-China.




#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI