MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 April 2025.
Memasuki hari ke-20 sejak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, penduduk mendakwa masih belum menerima sebarang penjelasan rasmi berhubung pelan tindakan susulan daripada kerajaan mahupun pihak-pihak berkaitan.
Kementerian Pendidikan sedia melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan bagi mengelak kesesakan jalan raya, menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Laman web Maybank2U Klasik akan ditamatkan sepenuhnya untuk kegunaan individu pada 9 Jun 2025. Pengguna dinasihatkan untuk beralih ke platform baharu Maybank2U bagi memastikan akses kepada perkhidmatan terus berjalan lancar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan secara individu tanpa merujuk pihak berkuasa termasuk mufti berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya.
5. Peguam Nora dedah wujud pihak ketiga punca berpisah - 'Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi…'
Penyanyi Datuk Nora Ariffin selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria menuntut Exco Perak, Woo Kah Leong memohon maaf secara terbuka di dalam sidang Dewan Undangan Negeri berhubung penyiaran kandungan berunsur provokatif terhadapnya di media sosial.
Menurut Anwar, keputusan pemilihan merupakan urusan parti, malah tiada kaitan dengan urusan kerajaan negeri atau pusat.
Pegawai penyiasat kes kehilangan Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu mahkamah bahawa, tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing ditemui di dubur kanak-kanak autistik itu.
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk menghayati formula "ABCDE" pada fasa akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar hari ini menegur semua pihak khususnya ahli politik, agar tidak menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal di pentas ceramah, demi mencapat matlamat perjuangan politik khususnya ketika kempen pilihan raya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami