awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
MALAYSIA
Model pendidikan tinggi Malaysia jadi rujukan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Peguam Nora dedah wujud pihak ketiga punca berpisah - 'Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi…'

Gempak
Gempak
21/04/2025
05:10 MYT
Peguam Nora dedah wujud pihak ketiga punca berpisah - 'Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi…'
Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya. - Foto Gempak
PENYANYI Datuk Nora Ariffin selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.
Peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, pihak defendan iaitu Rushdi juga sudah sedia maklum berhubung tindakan Nora untuk menuntut perceraian.
Tambahnya, tarikh sebutan pertama prosiding perceraian pasangan itu akan berlangsung pada 6 Mei depan.
“Nora sudah selamat failkan cerai terhadap suami di bawah Sesyen 47. Tarikh sebutan pertama prosiding perceraian adalah pada 6 Mei, jam 9 pagi. Isu-isu perceraian akan dibentangkan di mahkamah nanti.
“Pihak media juga sedia maklum apa yang telah berlaku sebelum ini dan kemungkinan ada isu-isu tersebut akan disebutkan dalam mahkamah nanti.
“Pihak Nora akan serahkan salinan permohonan cerai kepada pihak defendan iaitu suaminya. Pihak suami Nora juga maklum berkenaan proses hari ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Sarah berkata, kemelut rumah tangga pasangan tersebut berpunca disebabkan wujudnya pihak ketiga sehingga perkahwinan selama 6 tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi.
“Perceraian ini tidak boleh dielakkan lagi disebabkan ada unsur orang ketiga.
“Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi disebabkan ada gangguan pihak ketiga. Namun kami tidak dedahkan dahulu siapa pihak ketiga tersebut,” jelasnya.
Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap suami selepas didakwa didesak pihak ketiga.
Sementara itu, Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.
Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.
Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. - Gempak
Topic Berkaitan
#Nora Ariffin
#permohonan cerai
#Rushdi Ramli
#Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami