Skip to main content

Dunia

Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen

AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia, ke Terminal 2E bagi penerbangan antarabangsa dan 2F bagi penerbangan domestik, berkuat kuasa esok berikutan kerja-kerja pengubahsuaian di Terminal 3.
Yuldi Yusman berkata pencapaian itu mencerminkan pembaharuan dan inovasi berterusan kementerian dalam perkhidmatan imigresen, khususnya di lapangan terbang antarabangsa. - Gambar Astro AWANI

JAKARTA: Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Indonesia mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan imigresen, mencerminkan peningkatan berterusan dalam kecekapan perkhidmatan serta pengalaman penumpang.

Laporan Skytrax 2026 menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta berada di tangga ke-10 dunia bagi perkhidmatan imigresen, selain berada di kedudukan ke-22 dalam senarai 100 Lapangan Terbang Terbaik Dunia, tempat kelapan dalam kategori Lapangan Terbang Terbaik di Asia serta tempat kedua bagi kategori lapangan terbang yang mengendalikan 50 juta hingga 60 juta penumpang setahun.

Advertisement

Pemangku Ketua Pengarah Imigresen Yuldi Yusman berkata pencapaian itu mencerminkan pembaharuan dan inovasi berterusan kementerian dalam perkhidmatan imigresen, khususnya di lapangan terbang antarabangsa.

“Ia merupakan pencapaian yang membanggakan apabila kita kekal dalam kedudukan 10 terbaik Skytrax dari tahun lalu hingga tahun ini,” katanya, menurut Agensi Berita ANTARA pada Jumaat.

Skytrax, sebuah firma perunding penerbangan berpangkalan di London yang menilai dan menyenaraikan perkhidmatan lapangan terbang di seluruh dunia, mengumumkan Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2026 pada 18 Mac.

Yuldi berkata Indonesia menunjukkan kestabilan dalam kualiti perkhidmatan seperti yang dicerminkan melalui penilaian pelanggan dari pelbagai negara, merangkumi aspek masa menunggu, pengoptimuman pintu automatik (autogate), ketersediaan laluan keutamaan serta profesionalisme kakitangan.

-- BERNAMA

Must Watch Video