NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 24/04/2025 | 15:57 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2025.


1. SPM 2024: 14,179 calon peroleh semua A

Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 11,713 calon atau 3.1 peratus.



2. SPM 2024 catat keputusan terbaik sejak 2013 - KP Pendidikan

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.


3. PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI

Anwar menyifatkan kemenangan itu sebagai simbol pencapaian media tempatan yang berjaya memanfaatkan teknologi AI dengan beretika.


4. KKM dapat persetujuan naikkan elaun tetap petugas kesihatan - Dr Dzulkefly

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat persetujuan untuk menaikkan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat nanti, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


5. Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang baharu

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.


6. Paparan salah Jalur Gemilang: KPM mohon maaf atas kecuaian

Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


7. 'Tiada layanan dua darjat siasat kesilapan paparan Jalur Gemilang' - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan tiada layanan dua darjat dalam siasatan berhubung kesilapan paparan Jalur Gemilang membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM).


8. Syed Saddiq mohon doa, yakin kebenaran akan terbukti

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon doa daripada semua agar kebenaran akan berpihak kepadanya, susulan keputusan rayuan kes salah guna dana yang dijangka diumumkan pada 25 Jun depan.


9. UMNO perlu contohi PKR, jangan tangguh pemilihan jawatan presiden, timbalan - Veteran UMNO

Seorang veteran UMNO mahu parti Melayu itu mencontohi PKR, yang disifatkan sebagai 'berani' mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti di peringkat bahagian termasuk untuk jawatan tertinggi.


10. Terengganu larang penjualan vape bermula Ogos ini

Penguatkuasaan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk vape yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat terutama generasi muda.




#berite pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia