awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
24/04/2025
02:45 MYT
PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI
Kemenangan ini merupakan tahun kedua berturut-turut Astro AWANI meraih pengiktirafan berprestij anjuran World Association of News Publishers (WAN-IFRA). - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Astro AWANI atas kejayaan memenangi Anugerah Digital Media Asia 2025 bagi kategori “Penggunaan AI Terbaik Dalam Bilik Berita”, dan berharap saluran berita itu terus menjadi peneraju dalam membangunkan inovasi media nasional seiring kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Dalam ciapan di platform X, Anwar menyifatkan kemenangan itu sebagai simbol pencapaian media tempatan yang berjaya memanfaatkan teknologi AI dengan beretika, mengangkat masa depan digital negara yang inklusif dan berdaya saing.
“Tahniah Astro AWANI. Semoga terus sahut hasrat kerajaan dalam membangun dan membudayakan inovasi media Malaysia dalam era AI yang sarat dengan cabaran dan peluang,” katanya.
Tahniah Astro AWANI, semoga terus sahut hasrat kerajaan dalam membangun dan membudayakan inovasi media Malaysia dalam era kecerdasan buatan atau AI yang sarat dengan cabaran dan peluang untuk dimanfaatkan ke arah masa depan digital yang inklusif dan berdaya saing. https://t.co/AeIiUsJk1Q
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 24, 2025
Kemenangan ini merupakan tahun kedua berturut-turut Astro AWANI meraih pengiktirafan berprestij anjuran World Association of News Publishers (WAN-IFRA), sekali gus meletakkan AWANI sebagai antara bilik berita paling berjaya mengintegrasikan teknologi AI di Asia.
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata Astro AWANI berpegang teguh bahawa kewartawanan dan teknologi boleh bergandingan secara harmoni dengan nilai integriti, memacu inovasi serta memperkukuh tanggungjawab bersama.
“Dalam era AI ini, kami memperteguh iltizam untuk terus berkhidmat kepada audiens dengan berpegang teguh kepada prinsip bahawa kewartawanan dan teknologi mampu bergandingan secara harmoni dengan nilai integriti, demi memacu inovasi dan memperkukuh tanggungjawab bersama,” katanya.
Anugerah Digital Media Asia oleh WAN-IFRA merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam industri media digital serantau dan memberi penekanan kepada aplikasi teknologi bagi memperkukuh ekosistem kewartawanan moden.
Dengan kejayaan ini, Astro AWANI terus membuktikan bahawa inovasi media tempatan bukan sahaja setanding, malah mampu mendominasi di pentas antarabangsa.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Anwar Ibrahim
#Astro Awani
#Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan