MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Mei 2025.
1. PM Anwar ke Rusia 13 Mei, penuhi jemputan Presiden Putin
Lawatan ini merangkumi kunjungan ke Moscow dan Kazan di mana beliau akan menyampaikan ucapan di MGIMO dan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa Kazan.
2. Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Siasatan dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.
3. JPP nafi dakwaan Rafizi, tegas Pemilihan Keadilan 2025 telus dan adil
JPP menegaskan bahawa segala proses berkaitan senarai pengundi telah dijalankan secara telus mengikut peraturan sedia ada.
4. Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis sahkan pemandu pacuan empat roda yang melanggar sebuah motosikal berdekatan Plaza Tol Jalan Duta pada Sabtu bukan pemilik kenderaan terbabit.
5. Jabatan Kesihatan Melaka diarah siasat dakwaan bayi demam panas dibiar 11 jam - Exco
Ibu bayi mendakwa anaknya hanya diuji darah tanpa rawatan segera, menyebabkan suhu badan meningkat sehingga 40 darjah Celsius
6. MRSM Kepala Batas kini dikenali MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi
Penamaan semula institusi berkenaan adalah sebagai pengiktirafan dan penghormatan khas kepada Tun Abdullah yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
7. Jururawat denyut nadi sistem kesihatan negara - Dzulkefly
Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
8. Malaysia wajar manfaatkan Kepengerusian ASEAN bagi tembusi pasaran halal - Ahmad Zahid
Malaysia wajar memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 untuk mengembangkan pasaran produk halal sekali gus menembusi pasaran rantau itu yang mempunyai 600 juta penduduk.
9. Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus - KKM
Sebanyak 99,601 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara tahun ini sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-17 berakhir 26 April lepas, meningkat 266 peratus berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
10. Bangkai anak gajah telah ditanam, video tular ibu kembali bukan haiwan yang sama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi semalam, dan video tular yang mengatakan ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukan video gajah yang sama.