NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.
1. Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Seorang maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River, malam tadi.
2. Menteri Kesihatan antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah WHO
Tiga rakyat Malaysia telah dianugerahkan ‘World No Tobacco Day Award’ oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sesi pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia tahunan baru-baru ini.
3. Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah
“Ibarat patah sebelah sayap.” Itu antara luahan perasaan isteri kepada Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia ketika melakukan tawaf sunat pada pusingan kelima di tingkat satu, Masjidil Haram.
4. PKR mungkin ‘hilang’ dalam 10 tahun jika tidak bersatu - Nurul Izzah
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memberi peringatan tegas bahawa parti itu berisiko untuk ‘hilang’ dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sekiranya barisan kepimpinannya gagal untuk bersatu dan memperkukuh kerjasama dalaman.
5. Nahas FRU: Lima masih di hospital
Dua anggota di ICU HTI diberikan bantuan pernafasan, sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan. Anggota di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun pula menerima bantuan oksigen.
6. Isu minyak: Selesai dengan baik, tak jejas Petronas dan kepentingan Sarawak dipelihara - Tun M
Dr Mahathir menegaskan bahawa sebarang rundingan harus memastikan kepentingan Sarawak terpelihara tanpa menjejaskan kedudukan Petronas sebagai syarikat global.
7. Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela Ling
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima berkaitan penemuan mayat di lokasi tersebut.
8. Pemilihan PKR: Nurul Izzah mendahului Rafizi dalam tinjauan - Penganalisis
Tinjauan pada minggu kedua kempen Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR/Keadilan) menunjukkan Nurul Izzah Anwar mendahului pencabarnya Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
9. Gangguan seksual meningkat, takutkan polis antara punca mangsa tak lapor - Shuhaily
Ketakutan terhadap pihak polis adalah antara faktor utama yang menghalang mangsa gangguan seksual daripada tampil membuat laporan.
10. Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.