NATIONAL
Nahas FRU: Lima masih di hospital

Ketua Polis Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu tiga masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI). - Gambar fail/Bernama
IPOH: Lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukan dengan lori muatan batu di Teluk Intan minggu lepas, masih menerima rawatan di hospital.
Ringkasan AI
- Keadaan anggota FRU yang cedera: Lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih menerima rawatan selepas kemalangan minggu lalu.
- Rawatan dan pemulihan: Dua anggota di ICU HTI diberikan bantuan pernafasan, sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan. Anggota di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun pula menerima bantuan oksigen.
- Kemalangan tragis melibatkan trak FRU: Pada 13 Mei, trak FRU terlibat dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Teluk Intan, mengakibatkan sembilan anggota maut dan sembilan lagi cedera.
Bakri berkata seorang lagi anggota yang menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, berada dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan oksigen.
Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami