MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Mei 2025.


1. Angkara bunyi hon, tiga ekor gajah ‘naik minyak’ di JRTB Gerik-Jeli

Tiga ekor gajah ‘mengamuk’ sehingga merosakkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam satu kejadian berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, dekat Sungai Lebey, Gerik, pada Selasa.



2. Tak boleh beri 'orang luar' masuk terus tanding, Presiden PKR digesa batal pelepasan khas - Rafizi

Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa agar kuasa khas Presiden PKR untuk membenarkan pencalonan kepada individu yang belum cukup tempoh keahlian, dibatalkan sepenuhnya.


3. Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society

Malaysia melakar satu lagi rekod gemilang dan bersejarah apabila seorang saintis tempatan, Dr Ravigadevi Sambamhamutthi dipilih sebagai Fellow Royal Society, akademi sains tertua dan paling berprestij di dunia.


4. ASEAN'25: Tiga sidang kemuncak, berbeza dengan 10 tahun lepas - Fahmi

Kata Fahmi, kerajaan mahu menggunakan peluang ini sebaik mungkin, terutama ketika kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian.


5. Petronas-Petros: Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Petronas akan terus memainkan peranannya, manakala Petros diiktiraf berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak.


6. Bukan Rafizi bukan Izzah, tapi Fuziah yang akan rasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mengesahkan beliau sendiri akan menggalas tanggungjawab itu.


7. Kerajaan komited perkukuh agenda ekonomi Bumiputera - Ahmad Zahid

Kerajaan akan terus menyokong serta memperkukuh dasar dan inisiatif berteraskan aspirasi ekonomi Bumiputera agar manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.


8. Deklarasi Kuala Lumpur akan dilancarkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 - Fahmi

Deklarasi Kuala Lumpur akan dilancarkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.


9. Pos Malaysia catat kerugian bersih RM41.5 juta pada suku pertama

Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM41.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, melonjak daripada kerugian bersih berjumlah RM19.6 juta pada suku yang sama tahun lepas, terjejas oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pos dan logistiknya.


10. Anwar gariskan visi berani ASEAN dengan tumpuan ekonomi, inisiatif grid tenaga serantau

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengariskan visi strategik yang berani untuk fasa pertumbuhan ASEAN seterusnya, menekankan integrasi ekonomi yang lebih kukuh, pengembangan perdagangan dan ketersambungan tenaga rentas sempadan sebagai tonggak utama di bawah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.





#berita pilihan #tempatan #Parti Keadilan Rakyat #KLCC