POLITICS
Bukan Rafizi bukan Izzah, tapi Fuziah yang akan rasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR

Memetik laporan, Fuziah berkata, tanggungjawab merasmikan diberikan kepadanya susulan pemimpin utama lain terbabit dalam pemilihan MPP. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Teka-teki berhubung siapa yang akan merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita di Johor Bahru terjawab selepas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mengesahkan beliau sendiri akan menggalas tanggungjawab itu.
Ringkasan AI
- Perasmian Kongres oleh Fuziah Salleh: Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mengesahkan beliau akan merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan dan Wanita di Johor Bahru.
- Ketidakhadiran Rafizi & Isu Adab Parti: Rafizi menjelaskan bahawa kebiasaan dalam parti ialah Timbalan Presiden merasmikan kongres, tetapi beliau memberi keutamaan kepada pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.
- Agenda Rafizi & Jelajah Hiruk: Walaupun tidak merasmikan kongres sayap parti, Rafizi tetap berada di Johor Bahru pada 20 Mei untuk siri terakhir Jelajah Hiruk sebelum menghadiri Pemilihan dan Kongres Nasional Keadilan pada 23-24 Mei.
Pada 19 Mei lepas, Rafizi Ramli mengesahkan beliau tidak akan merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita yang akan berlangsung di pada 22 Mei depan.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Pandan yang juga Menteri Ekonomi itu berkata, perkara itu sepatutnya sulit kerana surat pemakluman yang beliau hantar ditujukan kepada Presiden Parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan salinan kepada Setiausaha Agung Fuziah Salleh.
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Bercakap mengenai alasan sebenar beliau menolak untuk tidak mengikut kelaziman sebagai seorang Timbalan Presiden untuk merasmikan kongres tersebut, Rafizi berkata pimpinan parti perlu mengikut adab dan hierarki.
“Memang betul adab dan hierarki tradisi parti Timbalan Presiden rasmi kongres AMK dan wanita tetapi adab dalam parti, hierarki dalam parti juga ialah … melancarkan jentera pilihan raya sesuatu yang sepenting seperti Pilihan Raya Negeri Sabah itu adalah adabnya dilakukan oleh Timbalan Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya.
“Ada adabnya. Sedangkan kita dah umum bahawa kita akan ada jelajah Hiruk di Sabah pada hari Sabtu, semalam. Kita dah tetapkan 2.30 petang semua dah tahu, masa itu tak ada cerita nak lancar jentera pilihan raya, dan Nurul Izzah akan pergi berkempen di Sabah pada 19 haribulan.
“Tak ada perbincangan dalam Biro Politik, Majlis Pimpinan Pusat, tiba-tiba ada poster menyatakan Izzah dan Amir (Datuk Seri Amirudin Shari) lancar. Hari yang sama, dan masa yang sama.
“Kau nak pikul (tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya) silalah, saya tak ada masalah tetapi kenapa kita tidak berpandukan adab sehingga dia menyusahkan cabang dan pimpinan di bawah. Kenapa letak anggota dalam keadaan serba salah,” soalnya lagi.
Biarpun Rafizi mengesahkan tidak akan merasmikan kongres sayap tersebut, tetapi beliau tetap akan berada di Johor Bahru pada 20 Mei untuk siri terakhir Jelajah Hiruk, sebelum mengikut Pemilihan dan Kongres Nasional Keadilan pada 23-24 Mei depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami