NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 27/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Mei 2025.


1. Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam

Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Isnin.



2. ASEAN25: Kehadiran Rafizi curi tumpuan, terus berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi

Di sebalik spekulasi peletakan jawatan daripada Kabinet selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat tenang hadir menjalankan tugas di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, pagi ini.


3. ASEAN, GCC dan China punyai kekuatan tersendiri, boleh dimanfaatkan demi kemakmuran bersama - Anwar

Pertemuan secara formal ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan China, yang masing-masing kaya dengan sejarah mendalam, ketamadunan, budaya, dan perkongsian aspirasi, bakal membuka lembaran baharu dalam dialog dan kerjasama.


4. Guru didakwa jalin hubungan terlarang dengan suami orang direhatkan - KPM

Guru wanita di Melaka yang didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang 'direhatkan' dari tugas rasmi sehingga siasatan berhubung kes terhadapnya selesai.


5. 'Sultan Brunei sedikit penat, sedang berehat di IJN' - PM

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan keletihan.


6. Indonesia, Malaysia dan Thailand laksana projek infrastruktur US$39 bilion

Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT) menyokong projek infrastruktur fizikal ekonomi bernilai hampir US$39 bilion merangkumi ketiga-tiga negara berkenaan.


7. Sidang GCC-ASEAN kukuh perkongsian strategik, seru tangani krisis Gaza

Para pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bersetuju memperkukuhkan komitmen bersama dalam membina perkongsian strategik antara negara rantau berkenaan dan ASEAN.


8. ASEAN 25: ‘Kerajaan sudah jalankan tanggungjawab, tiba masa untuk industri sahut cabaran’ - PM Anwar

Kestabilan yang wujud di rantau ASEAN sejak sekian lama adalah usaha berterusan pemimpin-pemimpin negara anggota, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.



9. Saman fitnah: Keputusan taksiran ganti rugi Rosmah terhadap pemilik akaun TikTok 8 Julai

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 Julai depan untuk keputusan jumlah ganti rugi perlu dibayar seorang pemilik akaun TikTok kepada Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes saman fitnah dikemukakan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.


10. 70,000 peminat bola sepak dijangka banjiri Stadium Bukit Jalil esok - Polis

Seramai 70,000 peminat bola sepak dijangka hadir menyaksikan Perlawanan Maybank Challenge Cup antara Manchester United dan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
















#berita pilihan #tempatana #Parti Keadilan Rakyat #ASEAN